++ SeLaMat HaRi BaPa ++







Dalam kesibukan dalam kerja seharian
Dalam kesusahan mencari rezeki
Dalam kealpaan terhadap diri
Pasti ada yang diuji....

Namun kecekalan dan ketabahan
Membuatkan engkau begitu bermakna
Dalam kesusahan engkau ketawa
Dalam keperitan engkau tersenyum

Demi untuk diri ini dan juga keluarga
Kau korbankan jiwa dan raga
Tiap titisan peluh mengalir
Tiap kepenatan yang engkau rasakan

Kau begitu istimewa dihati ini
Kasih sayangmu dan jasa-jasamu
Takkan mampu aku membalasnya
Walaupun sejuta tahun nanti

Demi hari yang bermakna
Aku dengan rendah hati
ingin mengucapkan pada semua
SELAMAT HARI BAPA

Doaku.....
Moga Allah SWT membalas segala jasamu
dan dimurahkan rezekimu
serta dipanjangkan umurmu...
Insya Allah.....

Tanjung Piandang dan Kenangan......














Diam tak diam....dah setahun 6 bulan aku kat Sg kerang.
Tapi dalam hati aku masih lagi teringat Tg piandang.
Entah la kenapa aku suka sangat tempat tu.
Kali pertama aku jejakkan kaki aku kat sana,
Aku rasa inilah yang aku cari selama nie....
Sawah padi...Sungai...Tali Air..Pantai dan juga Laut.
Segalanya ada di sana.
Andai ada rezeki aku nanti...
Sanalah tempat untuk aku menghabiskan masa tua aku.
Insya Allah.

Aku ingin ucapkan terima kasih yang tak terhingga pada adik lelaki aku Lan.
Kerana dia... aku tahu tempat yang cantik itu.
Kampung yang tenang dan damai.
Tak hilang dalam ingatan aku saat-saat manis di sana.
Betapa rindunya aku pada Tg Piandang.
Suatu hari... suatu masa aku pasti ke sana kembali.
Tg Piandang satu nostalgia buat aku.


Di sana jugalah aku kehilangan kasih seorang adik.
Entah lah..mungkin aku betul....mungkin dia betul
Mungkin aku yang salah kerana aku adalah abang.
Kerana marah... tapi tak sepatutnya aku berhentikan dia.
Kerana apa sekali pun... dia adalah adik kandungku.
Bila aku teringat Tg Piandang....
pasti aku akan teringat adikku juga.
Maafkan Iman... Lan !!!
Walaupun susah untuk aku mengucapkan maaf...
Demi kasih aku terhadap adik serta abangku...
aku luahkan jua...walaupun hanya di alam maya.
Kerana kita adalah keluarga.
Walau dimana pun au berada...
Aku ucapkan semoga berjaya dan murah rezeki
Andai adik serta abangku terbaca entry ku ini...
Aku memohon maaf atas segala salah dan silapku.
Aku ingin berkata sesuatu....
Aku sayang dan rindu pada semua.
Andai dapat aku undurkan waktu
Aku ingin kita bersama semula bersama ayah dan bonda.

RASANYA DAH LAMA BETUL TAK UPDATE BLOG AKU NIE.
BUKAN PASAL APA PUN..CUMA SIBOK SIKIT DUA TIGA MENJAK NIE.
MAKLUMLAH..ADIK IPAR NAK KENDURI.
NAK TERIMA BIRAS LAK TU..
TAMBAH LAK AKU LAK MENANTU SULUNG..KENA LA TOLONG APA YG PATUT.
MINGGU LEPAS AKU IKUT ROMBONG KAHWIN PEGI KE KUALA ROMPIN PAHANG..
PUNYA LAH LETIH...PEGI 4 BUAH KERETA...CUMA AKU JER YANG TAKDE DRIVER GANTI..
MAK OII..LETIJ GILER BABAS...DIAORG TUKAR DRIVER..AKU KENA DRIVE GAK SORANG2..
TAPI NAK BUAT CAM NER..NAK BERENTI REHAT KANG AKU LAK KENA TINGGAL.
DAH LA DALAM KETA AKU PENUH NGAN ANAK DARA SEMUA.
JALAN NAK PEGI KUALA ROMPIN PUNYA LA GELAP...KALAU DRIVE SORANG2...INGAT NAIK BAS LEBIH SELAMAT KOT.
PERJALANAN MENEMPUH 4 NEGERI DAN SATU WILAYAH PERSEKUTUAN...BERMULA DARI PERAK KEMUDIAN SELANGOR LEPAS TU KUALA LUMPUR..SETERUSNYA NEGERI SEMBILAN AKHIRNYA SAMPAILAH KE PAHANG.
KAMI BEROLAK JAM 6 PETANG DARI PANTAI REMIS DAN AKHIRNYA SELAMAT SAMPAI KE KUALA ROMPIN JAM 8.30 PAGI ESOKNYA.
SAMPAI DISANA KAMI SEMUA BEREHAT DI RUMAH PAKSU BELAH ORANG UMAH AKU...
MUL-MULA SEKALI AKTIVITI AKU ADALAH MECARI TEMPAT UNTUK TIDOOOO....
INGAT BOLEH LA TIDO LAMA..RUPANYA..ADA KENDURI PULAK UMAH PAK ANDAK.
KENA LA BANGUN...LEBIH KURANG DUA JAM PEGI SANA...AKU BALIK SEMULA KE UMAH PAKSU.
SEKALI LAGI AKU CARI PORT UNTUK TIDO...
JAM 4 PTG LAK..SEKALI LAGI ADA GANGGUAN DARI LUAR....
AKU DISURUH BANGUN UNTUK MENGIKUT MERTUA AKU SEMUA PEGI MAJLIS AKAD NIKAH ADIK IPAR AKU...
TAPI APAKAN DAYA...AKU TAK LARAT DAH BANGUN..LALU TIDO DAN TERUS TIDO.
BANYAK BETUL AKTIVITI HARI TU.
MALAM PULAK LEPAS BANGUN..ADA KENDURI TAHLIL DI RUMAH PENGANTIN PEREMPUAN.