Peristiwa sepanjang bulan puasa dan raya

Hahaha..naik bersawang dah blog aku nie...
bukan maleh nak update...tapi pemalas disebabkan kesibokan kerja.
kalau la macam nie..mana boleh nak jadi blogger tegar mcm kawan2 yg lain..kan !!!

Sepanjang aku tak update blog aku nie,byk yg terjadi dalam hidop aku.
dibulan puasa...hubungan aku dengan adikku lan kembali berbaik semula..satu yg aku harapkan sejak aku tak bertegur sapa dengannya(Lan...Abg Eman mintak maaf kalau ada salah yg Abg Eman buat...).Begitu jugak dengan ayah aku...semakin dekat rasanya aku dengan nya setelah dulu rasa terasing...kalau dengan adik aku pulak...ermmmdia dah makin pandai bawak kereta...(agak2 kemak tak kalau aku bagi dia bawak lagi..Muahaha)

Aktiviti semasa bulan puasa jugak banyak...selain pergi semayang terawih(sekali sekala jer kot)yg wajib dibuat ialah pergi ke pasar ramadan ngan putera kecik aku emal ngan efan...tak benda lain yg nak dibeli pun..cuma nak mencari ikan talapia bakar yg jadi menu wajib waktu berbuka.mlm pulak selau jugak berborak santai ngan kawan2 kat taman.Si Dukegong tak abis dengan mencari ilham membuat lagu,gitar kapok tak boleh tinggal punya.Si Jasmin menjadi pengikut setia aku dari dulu lagi..pantang ajak,On ajer dia.Aku kadang2 rindukan zaman dulu kala aku,zaman aku dengan mama aku.
Kalau ade mama masa bualan puasa...huh...!!! pasti meriah bangat.rasanya jarang aku pergi pasar ramadan masa ade arwah mama.Mama masak sedap bangat pasal tu terlupa wujudnya pasar buang duit tu... Kalau pasal kerja pulak,tak menang tangan aku nak siapkan semua benda sebelum aku bercuti.udah la buat kerja sorang2,takde pembantu pulak tu...nasib baik la aku nie jenis rilek dalam diam..maleh nak membebel kat bos..pasal aper.....pasal dia bos... aku mana boleh lawan bos,lain la aku nie bos.kan kan kan!!! Dah settle semua...3 hari sebelum raya,bermula kerja gila yg aku buat...iaitu operasi mengecat rumah mertua aku dalam masa 2 hari luar dan dalam...huh rasa tercabar jugak,tapi pasal sayang mertua aku.permintaan mertua aku dapat jugak aku selesaikan.Dah abis...??? belum lagi kot,selesai semua tu,aku cabut balik pulak sehari sebelum raya pulang ke umah ayahanda tercinta untuk selesaikan kerja2 yg belum selesai.Pergi beli barang2 untuk masak juadah raya.akhirnya aku berbuka puasa dalam kereta dengan menikmati rokok sebatang dan jugak air twister adik aku.org dah buka puasa sejam baru aku buka puasa.tu pun tak makan kat umah..pi makan kat nasi kandar Pelita.saper bayar....adik aku la..dia kan jadi org kaya baru sejak belajar nie..hahaha.selesai membeli belah kar Giant ngan Taiping Sentral...aku cabut pergi Bazar Raya depan TJ.Ya ALLAH...punya la sesak kat situ...aku pergi beli baju sehelai jerpastu balik.Pukul 12 mlm baru pergi beli laksa kat kedai Kadir..nasib la tutup lewat malam tu,kalau tak jawabnya raya ade kuah takde laksa la.Mlam raya tu meriah sangat pasal member2 yg la 19 tahun 20 tahun tak jumpa akhirnya balik.salah sorang yg aku dah lama tak jumpa Mafrudy @ Adik(adik pedoy) merangkap pengurus HUJAN BAND.amboi mak..org hebat leh dtg umah aku jalan kai jer ngan seluar pendek.dari dulu sampai sekarang still camtu tu ko Adik...!! Tapi aku sempat sembang ngan dia sejam mcm tu jer pasal si Jasmin mintak tolong aku antor dia pegi Taiping Sentral...alang2 keluar,aku ngan eja on da way pergi beli barang2 yg tertinggal nak beli sebab sesak tai kat Bazar Raya.Sempat jugak aku beli baju melayu tuk pakai raya.hahaha...baju melayu aku beli jam 4.15 pagi raya.best kan...!! lupa lak aku nak bagi tau..baju tu,Adik aku si CT sponser... Udah selesai semua yg nak buat...tinggal kerja untuk yg pompuan buat jer,aku...!!! layan tido la balik tu pasal 8 lebih udah mau pegi solat raya.nasib la Si Jasmin dtg umah..kalau tak,terbabas la solat raya aku.Thanks Jasamin pasal kejut aku.
Dah Habis...??? Sabor sabor.... Belum lagi...kisah nya masih panjang......
Nak tahu apa selanjutnya??? tunggu lepas nie yer,pasal aku dah tak larat nak taip dah dek kerana kerenah emal ngan efan...(macam otromen ngan raksakse...abih bersepah umah mertua aku).

Selamat datang puteriku...

Dah lama sungguh aku tak update blog nie
dah naik berkarat dah...
sebetulnya tak apa pun yang dikongsikan bersama...
cuma sekarang rasa agak terlewat pulak rasanya
sebab puteri yang ditunggu tunggu dah punb menjelma.
16hbApril 2011 yang lepas....eja selamat melahirkan seorang puteri..
puteri yang diberi nama Qurratul Mya Khalisha..
rasa lengkap sudah apa yang diimpikan selama ini.
dua putera dan seorang puteri dalam rumahtangga..
buat isteriku...terima kasih aku ucapkan...
segala pengorbananmu ....aku hargai...
buat puteriku Qurratul Mya Khalisha...
selamat datang ayah ucapkan...
buat putera ku ikmal dan irfan...
jagalah adikmu dan umimu bila besar nanti...
andai kataayah tiada lagi nanti...
kepada mu berdua yang ayah harapkan untuk menjaga keluarga kita...

Minggu paling boring

Minggu nie minggu boring aku
segala benda semua nya tak menjadi
tugasan ditempat kerja banyak yg tak siap
aku macam dah boring dan malas nak keje kat sekarang nie
bila ade satu projek..boss mintak aku study
apa yang diberi hanyalah satu drawing untuk aku baca
dari mana nak mula aku pun tatau...
dah lah kerja sorang2...nak bincang ngan saper pun tatau...
bila bincang dengan bosss..meleret-leret ceramah dia
seolah-olah aku tak buat kerja...
nama jer technician...tapi kerja macam engineer...
sepanjang aku kerja....nie la kerja diluar skop aku.
nak repair machine... aku...
nak drawing sesuatu projek .....aku
nak jaga operater... aku
nak tebas rumput... aku
nak bawa van kalau takde driver pun aku.
aku dah rasa macam nak giler keje kat situ...
kalau aku ade pembantu takpela jugak
sekit sebanyak.... apa yang jadi dah kurangkan mood aku nak keje kat situ.
aku rasa macam nak balik ke tempat lama.
saner happy jer keje.
leh jalan2 ikut lori...
malas keluar leh bawa forklift.
boss pun ok.
kalau aku cuti berkaitan ngan anak aku sakit...tak pernah boss potong gaji aku
kalau aku keluar naik lori...leh bawa anak aku jalan2
kalau nak bandingkan tempat lama ngan sekarang.... 1000x aku happy kat tempat lama.

Jeritan Sahabat.....Isma Halil

Hilang tangisan siapa yang tahu
walaupun mimpi sudah berlalu
hanya keringat hitam ku kayuh
luaran indah selalu dipandang

Dalam berpuluh datang bertamu
tiada satupun kau rasa jemu
biarkan yang hitam kita lupa
jadi bahan sejarah zaman berzaman

Kenangan di udara
izinkan kita bersaudara
kenal ayah ibu
kenal kesopanan
kenal hati budi

c/o
Bagaikan zikir memanggil datang memanggil
aku turut merasa sentosa hingga lena
kerna fikirmu
tak tahu,aku tak tau sepertimu
mengagumkan sendiri awanan bertamu
seolah bertahun bertemu

Kalau azimat di lembah azali
Jeritan sahabat kan kekal dihargai
kan kekal dihargai...

(p/s:lagu yang selalu aku dengar disuatu masa dahulu)

Aktiviti ari ini







Ari nie aku malas nak kuar maner2
jadi aku ngan dua hero kecik aku pegi kebelakang umah
untuk membersihkan laman belakang
kerengga punya la banyak kat pokok besar tu
nasib baik aku dah bakor sampah kat situ
abis lari entah kemana
yang tinggal cuma geng2 kerengga yang berhaluan kiri jer
yang degil lagi ketegaq.
letih gak buat kerje ngan parang pendek nie
kalau ade cangkul kan senang.
aku bersih nie bukan pasal ape...
kalau aku malas bawak emal ngan efan kuar nanti,
leh jugak la diaorg main kat belakang tu
tak la boring sangat.
Anyway..terima kasih buat emal ngan efan sebab tolong ayah tadi...

Nukilan yang mereng lagi membosankan.....

Sejak aku pindah nie...rasa cam malas nak kuar umah
aku sendiri pun tatau kenape
abis2 pun....sabtu cabut balik kampung mertua
isnin pagi lak cabut balik taiping...
antar dua2 putera kecik aku yg brutal tu pegi taska ngan tadika,
cabut lak pi tempat keje ngan org umah aku...
aku rasa macam tu jer rutin aku setiap minggu
mungkin kat sini aku takde kawan kot untuk berjumpa atau bersembang
tambah lak kat sini boleh dikategorikan kawasan warga pencen berkampung
umah ayah pun dah kat 2 bulan aku tak balik...
padahal setiap ari kau lalu amik emal balik tadika
entah la naper....
lepas abis keja lak....rutin aku setiap kali balik,
mesti bertandang di bilik belakang...
buat aper yer...??
tak lain tak bukan......
bersama teman setia aku dulu kini dan selamanya...
KOMPUTER aku....!!!!!!!!!
kuang kuang kuang....
tu jer kawan yang aku ade pun sekarang
yang sudi menemani aku hingga ke dinihari
aku tak dapt bayangkan aku hidup tanpa komputer...
leh mereng gak aku nanti....
sebetulnya aku pun tatau nak buat aper
jadi aku apdate la blog aku dengan nukilan yang mereng tahap koma nie...

MeMaNg AkU SaLaH....!!!!

Aku hidup sebatang kara
Ada tapi tiada
Nampak tapi tak nampak
Dekat tapi jauh
Tegur tapi tak berkata
Lihat tapi tak jumpa

Sampai bila semua ini akan berakhir
Sampai bila aku akan kesorangan
Tiada saudara untuk bermesra
Apatah lagi untukbergurau senda.

Aku kah yang bersalah?
atau mereka yang tak pernah endah
antara hak dan batil
semua mereka redah

Memang aku bersalah
kerana tak pernah memberi mereka muka
kerana tak paham kehendak mereka
demi pertahankan maruah keluarga.

Aku rindu zaman remaja
saat tiada siapa dalam keluargaku
sungguh bahagia rasanya
kerana tiada yang menganggu

Tapi kini...
hilang dek angkara seseorang
yang ingin menunjuk belang
tiada seorang pun ingin menahan

Ohhhhhhhh......
persetankan semua itu
siapa dia ...siapa aku
seribu kali aku tak pernah nak ambil tahu
yang aku tahu hanya keluarga aku

MEMANG AKU SALAH
SALAH AKU KERNA BENCI PADA NYA
TAPIII....
AKU PUAS!!!!!!!!
MARUAH MAMAKU TIDAK TERJEJAS....

Wasiat Rasulullah SAW kepada Aisyah r.a

‘Aisyah r.’a meriwayatkan : Rasulullah SAW bersabda “Hai Aisyah, aku berwasiat kepada engkau.



Hendaklah engkau senantiasa mengingat wasiatku ini. Sesungguhnya engkau akan senantiasa di dalam kebajikan selama engkau mengingat wasiatku ini…”

Intisari wasiat Rasulullah s.a.w tersebut dirumuskan seperti berikut: Hai, Aisyah, peliharalah diri engkau. Ketahuilah bahwa sebagian besar daripada kaum engkau (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka.

Diantara sebab-sebabnya ialah mereka itu :

(a) Tidak dapat menahan sabar dalam menghadapi kesakitan (kesusahan), tidak sabar apabila ditimpa musibah

(b) Tidak memuji Allah Ta’ala atas kemurahan-Nya, apabila dikaruniakan nikmat dan rahmat tidak bersyukur.

(c) Mengkufurkan nikmat; menganggap nikmat bukan dari Allah

(d) Membanyakkan kata-kata yang sia-sia, banyak bicara Yang tidak bermanfaat.

Wahai, Aisyah, ketahuilah :

(a) Bahwa wanita yang mengingkari kebajikan (kebaikan) yang diberikan oleh suaminya maka amalannya akan digugurkan oleh Allah

(b) Bahwa wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, maka pada hari kiamat, Allah menjadikan lidahnya tujuh puluh hasta dan dibelitkan di tengkuknya.

(c) Bahwa isteri yang memandang jahat (menuduh atau menaruh sangkaan buruk terhadap suaminya), Allah akan menghapuskan muka dan tubuhnya Pada hari kiamat.

(d) Bahwa isteri yang tidak memenuhi kemauan suami-nya di tempat tidur atau menyusah-kan urusan ini atau mengkhiananti suaminya, akan dibangkitkan Allah pada hari kiamat dengan muka yang hitam, matanya kelabu, ubun-ubunnya terikat kepada dua kakinya di dalam neraka.

(e) Bahwa wanita yang mengerjakan sholat dan berdoa untuk dirinya tetapi tidak untuk suaminya, akan dipukul mukanya dengan sholatnya.

(f ) Bahwa wanita yang dikenakan musibah ke atasnya lalu dia menampar-nampar mukanya atau merobek-robek pakaiannya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan Isteri nabi Nuh dan isteri nabi Luth dan tiada harapan mendapat kebajikan syafaat dari siapa pun;

(g) Bahwa wanita yang berzina akan dicambuk dihadapan semua makhluk didepan neraka pada hari kiamat, tiap-tiap perbuatan zina dengan depalan puluh cambuk dari api.

(h) Bahwa isteri yang mengandung ( hamil ) baginya pahala seperti berpuasa pada siang harinya dan mengerjakan qiamul-lail pada malamnya serta pahala berjuang fi sabilillah.

(i) Bahwa isteri yang bersalin ( melahirkan ), bagi tiap-tiap kesakitan yang dideritainya diberi pahala memerdekakan seorang budak. Demikian juga pahalanya setiap kali menyusukan anaknya.

(j) Bahwa wanita apabila bersuami dan bersabar dari menyakiti suaminya, maka diumpamakan dengan titik-titik darah dalam perjuangan fisabilillah.

WASIAT RASULULLAH KEPADA SAIDINA ALI

NABI Muhammad saw ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum
kerabat dan umat Islam seluruhnya. Antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan
bahan renungan bersama adalah wasiatnya kepada menantu Baginda, Saidina Ali bin Abu
Talib. Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim, perlu
menjadikannya sebagai iktibar dan menjadikannya amalan.
"Wahai Ali, bagi orang mukmin ada tiga tanda iaitu:
1. Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia;
2. Tidak terpesona dengan pujuk rayu;
3. Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.
"Wahai Ali, bagi orang alim itu ada tiga tanda iaitu:
1. Jujur dalam berkata-kata;
2. Menjauhi segala yang haram;
3. Merendah diri.
"Wahai Ali, bagi orang yang jujur ada tiga tanda iaitu:
1. Merahsiakan ibadahnya;
2. Merahsiakan sedekahnya;
3. Merahsiakan ujian yang menimpanya;
Wahai Ali, bagi orang yang takwa itu ada tiga tanda iaitu:
1. Takut berlaku dusta dan keji.
2. Menjauhi kejahatan.
3. Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi ahli ibadah itu ada tiga tanda iaitu:
1. Mengawasi dirinya.
2. Menghisab dirinya.
3. Memperbanyakkan ibadah kepada Allah.
Ibnu Abbas pula meriwayatkan, bahawa Ali berkata: "Pada hari perkahwinan dengan
Fatimah, Rasulullah bersabda kepadaku, mengutarakan 13 wasiat khusus untukku iaitu:
"Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki" tempat mandi (hammam) tanpa
memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi
tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).
"Wahai Ali, janganlah engkau 'memakai cincin pada jari telunjuk dan tengah'.
Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.
"Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar:
"Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" (Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya
tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-
Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan
dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni
dia."
"Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan
muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu
memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau,
WASIAT RASULULLAH KEPADA SAIDINA ALI
bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.
"Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-domba.
Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan
menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.
"Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau
benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah
engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang
bersumpah dusta dengan nama-Nya.
"Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah
mendatangkan rezeki engkau setiap hari.
"Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan makihamun
dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada
akhirnya penyesalan.
"Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencungkil gigi. Bahawasanya bersugi itu
menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah. Mencungkil gigi itu dikasihi
malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan
pada celah gigi tidak dicungkil selepas makan.
"Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah, duduklah
engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan serta kesabaran Allah ke atas hamba-Nya.
Pertahankan diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada
kesabaran.
"Wahai Ali, perhitungkan (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri
engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.
"Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada
diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan
juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi
hukuman. Maka dengan demikian , engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.
"Wahai Ali, perbaikkan perhubungan antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli
rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan
kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.
" Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan
kelepasan. Insya-Allah."

Wasiat Rasulullah Kepada Wanita

Telah bersabda Rasulullah saw maksudnya, "Saya pernah melihat neraka. Tiba-tiba kebanyakan penghuninya adalah kaum perempuan, yaitu mereka yang tidak tahu berterimakasih kepada suami. Andaikata engkau (suami) berbuat baik kepada seseorang diantara mereka setahun,kemudian ia (isteri) melihat sedikit cela padamu, maka ia akan mengatakan "Saya tidak pernah melihat sama sekali kebaikan darimu." (HR Bukhari).

* Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayan suami serta melakukan kerja-kerja dirumah.

* Tiada memuji (bersyukur/berterimakasih) diatas kemurahan Allah yang didatangkannya melalui suaminya (jarang orang perempuan yang mahu mengucapkan terimakasih diatas pemberian suaminya)

* Sering mengkufurkan (ingkar) tentang nikmat Allah contonnya bila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang mengatakan "sudah 10 tahun saya kawin dengan awak, tak ada apa-apa pun!"

* Gemar bercakap perkara yang sia-sia dan yang berdosa contohnya bercakap tentang perabut-perabut rumah dan mengumpat.

* Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam beragama dimana mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk-rayu lelaki, rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana kemewahan-kemewahan lahiriah.

Aku tetap Aku

aku yang masih lagi disini
masih mengharung segala dugaan yang mendatang
kadang kala aku rasa mahu mengalah
namun masih ada lagi secubit kekuatan dalam diri ini
untuk aku mengharungi liku liku penuh ranjau

dalam diri ini tiada sedikit pun istilah tewas
walau aku jatuh....
aku akan bangun semula
walau pun tiada harta
bukan bermakna aku tak berjaya

mengertilah diluar sana
diriku..keluargaku....
jangan ada yang ganggu...
walaupun engkau tak setuju
aku tetap seperti aku