NOTA TERAKHIR..

Mama
Ada nota yang kau tinggalkan
Disaat kau tanggung derita
Setelah sekian lama kau dihina
Oleh manusia yang berhati durja

Mama..
Aku mengerti apa maksudmu
Hancur hatimu dengan sikap mereka
Namun tak mampu engkau untuk bersuara
Kerana ada batas yang perlu dijaga

Mama...
Aku tak mampu melihat saja
Tak tertanggung melihat engkau merana
Kerana engkau yang aku cinta
Aku ku bela nasib dirimu

Mama...
Kasihku padamu
Takkan pudar selamanya
Walau engkau sudah tiada
Masih tergiang suaramu ditelingaku

Mama...
Aku tak mengerti
Kenapa mesti membenci dirimu mama
Apa dosamu pada mereka
Tak henti-henti mereka mengata

Mama...
Engkaulah ibu berhati mulia
Hadirmu umpama bidadari dari surga
Keperibadianmu... kesopananmu...
Cukup terjaga

Mama...
Engkau tak suka bersengketa
Lantas mereka memijak kepala
Melakukan seolah raja
Berkata dusta mainan mereka

Mama...
Walau berkali aku tangisi
Tak mungkin kau akan kembali
Aku tak berdaya mengharungi sendiri
Akan ku cuba untuk membela diri

Mama...
Hanya tuhan yang mengerti
Kau umpama permata dalam diriku
Kau segalanya dalam hidupku
Tanpamu hidupku tak bererti

Mama...
walau dirimu sudah pergi
Aku tak akan berhenti bersuara
Akan ku pastikan kau bahagia
Walaupun engkau tak merasa

Mama...
Pergilah engkau dengan tenang
Bersemadilah dengan kebahagiaan
Dalam rindu ku kirim doa
Dalam doa kita bersua

DALAM KELUARGAKU ADA HANTU....


Bila tiba kala malam
Aku masih lagi berjaga
Memikirkan entah apa yg difikirkan
Ada sesuatu yg menganggu

Aku mengelamun sendirian
Tercari-cari sesuatu dalam diri
Akhirnya aku temui jua
Sesuatu yang amat menyakiti hati

Oh...Aku terlupa selama ini
Rupanya ada hantu yang berkuasa
Yang menyakiti hati Bonda
Yang rakus memperdaya keluarga

Apakah belum sedar dirinya
Apakah belum cukup menyiksa
Apakah belum sudah sengketa
Apakah belum ada yang bersuara

Kehadiran dalam keluarga
Umpama hidup dalam neraka
Habis keluarga ku bersengketa
Semuanya porak peranda

Sedarlah Hantu...
Kejahatan takkan selamanya
Kebaikan akan terserlah jua
Walaupun Bondaku sudah tiada
Amanahnya akan tetap ku laksana

Diam bukan bererti takut
Pergi bukan bererti lari
Aku hanya memerhati
Jangan sampai menjadi api

Apa yang kau mahu
Apa perlu kau dalam keluargaku
Tak tahu malukah dalam dirimu
Rupa manusia tetapi hantu...

Nukilan dari eman77 untuk sesuatu.....

SELAMAT HARI JADI IKMAL.......





Mama….
Hari nie cucu mama dah 2 tahun
Kalau Mama ada mesti Mama akan ucapkan
Selamat Hari Jadi Ikmal….
Sayang cucu Opah…kan!!

Mama…
Kesian cucu Mama,
Tak ada siapa nak ucap dekat dia,
Kalau Mama ada,
Mesti Mama akan datang tengok dia kan..!!

Mama…
Cucu Mama dah bijak sekarang
Kalau Mama ada…
Mesti Mama bangga dengan cucu Mama
Dah boleh harap dah sekarang….

Mama…
Cucu Mama tu nakal sangat,
Tapi dia manja…
Dia bila kita marah….
Dia akan pujuk kita.


Mama…
Hari nie cucu Mama dapat hadiah baru
Umi dia kasikan…
Kalau Mama ada mesti mama akan bagi jugak kan.!!
Dia cuma nak kasih sayang dari seorang OPAH jer Mama.

Mama…
Jangan sedih hati….
Cucu Mama dah paham…
Dia tahu Opah dia tunggu kat masjid
Hari nie dia nak ajak pegi…
Nak bagitau hari nie….
HARI JADI IMAL OPAH……….!!!!!!

KEIMANAN KUNCI KEKUATAN


Kata orang...
kesenangan menjanjikan segalanya
BETUL ke???
Kata orang...
Kepandaian menjanjikan masa depan yang cerah
IYE ke????
Kata orang...
Keimanan punca segala-galanya
Itu dah pasti...!!!

Kesenangan belum tentu menjanjikan kebahagian
kerana kesenangan akan pasti membawa kelalaian
Kesenangan lah akan membawa pada hasad dengki
Cukuplah kita dengan hidup yang sederhana
Agar kehidupan yang bahagia.
Ramai antara kita cukup takut bila anak-anak kita gagal dalam peperiksaan,
tetapi berapa ramai yang takut bila anak-anak kta gagal membaca AL QURAN?,
GAGAL dalam menjadi Muslim yang sejati ?
Kepandaian akedemik belum tentu menjanjikan masa depan yang sempurna.
Andai kata diketepikan keimanan,
Pasti nanti akan membawa kepada kehancuran dalam kerohanian.
Masyarakat masa kini berlumba-lumba mencari harta dunia
Yang miskin dihina
Yang cacat dicerca
Yang bodoh dipersenda
Yang beragama ditertawa
HINAkah mereka...???

Keimanan punca segala-galanya
kebahagian akan datang bila ia diutamakan
Tiada yang kekal didunia...hanya tipu semata
Dunia hanyalah menipu manusia
Bagi mereka yang leka...
Disinilah surga.
Bagi mereka yang beriman..
Dunia umpama neraka..!!
Kembalilah kita pada suruhan yang ESA
Pohonlah kita dengan rahmatnya
Agar hidup aman bahagia.
Moga-moga syaitan tidak tertawakan kita.
Kerana keimanan kunci segala kekuatan.
Tertawakah mereka dengan kata-kata aku ini..??

Ya Allah aku hanyalah manusia biasa…
Dan aku juga mungkin bukan manusia terbaik,
tapi aku selalu ingin berusaha menjadi manusia yang terbaik
walaupun dengan suatu proses dan perjuangan yang panjang….
Ya Allah bimbinglah hambaMu ini…
Ya Allah bimbinglah hambaMu ini…
Ya Allah bimbinglah hambaMu ini…

Kepadamu Aku bersujud memohon ampun….
dengan tangis….
dengan duka atas ke-salahanku selama ini.
Ya Ar Rahman Ya Rahim….
berikan hamba-Mu ini kesempatan melewati hidup dengan RedhaMu ya Allah.
AMIN....

Bersyukurlah kita seadanya..
Hidup hanyalah sementara,
Bila jasad sudah bersemadi,
Akhirat jua yang abadi.


Aktiviti dipagi AidilAdha...ayah....uda(kuda)!!!















Berlalu sudah AidilAdha...
Aku pun dah buka kedai macam biasa balik,
namun ada yang aku ingin kongsikan bersama
sewaktu aku pulang ke kampung.
Tahun nie aku pulang ke kampung mertua aku,
Selepas selesai solat sunat AidilAdha,
Aku balik ke rumah mengambil putera kecik aku.
Aku bawak Ikmal tgk orang melakukan ibadah korban disurau.
Aku suka Ikmal diberi pendedahan tentang kehidupan,
Bila sampai ketempat melakukan korban..
Ikmal berkata kat aku...ayah uda!!
Rupanya Ikmal memanggil lembu itu kuda..
hahaha..itulah anak aku....
akan berkata sesuka hati.
Apa pun aku tahu..dia lebih mengetahui...
Lagi pulak anak aku lebih pandai mengajar aku
Semoga Ikmal akan menjadi orang yang berguna suatu masa nanti.
Satu sifat Ikmal ialah dia suka berkawan dan suka menyayangi
Disaat lembu nak disembelih...
Ikmal baling kacangnya ke arah lembu-lembu tersebut.
Dia kata lembu lapar...sian dia.
Satu lagi Ikmal jenis yang tak tahu takut.
Mungkin Ikmal anggap semua adalah kawannya...
Apa pun..aku bersyukur kerana aku masih boleh beraya dengan putera dan keluarga yang aku sayang.Alhamdulillah...
Satu yang aku terkllan..
aku tak dapat berhari raya bersama ahli keluargaku..
Alahai nasib.....sabar jer lah.
Walau apa pun...raya tetap raya
Kepada ayah..abang serta adik-adik ku...
Selamat Hari Raya..
Aku rindu pada semua...
Semoga akan ada sesuatu yang akan merapatkan kita kembali....AMIN

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA BONDA......



Selamat Hari Raya AidilAdha bonda...
Pagi raya aku bangun..aku terus kebilik...
bonda tiada..
Aku ke dapur melihat juadah yang dimasak oleh Bonda,
Namun tiada juga...
Aku terus ke bilik mandi dan bersiap untuk Solat sunat AidilAdha..
Bila aku pulang...
Aku terus kebilik mencari bonda sekali lagi untuk memohon ampun..
Sekali lagi aku kecewa...
Aku tercari-cari Bonda,
Bonda...kemanakah engkau pergi?
Aku menjerit memanggilmu...
Bondaaaaaaaaaaaaa...!!!
Aku rindukan mu...
Aku rindu senyuman mu...
Aku rindu gelak tawamu...
Aku rindu masakkan mu....
Namun sia-sia sahaja jeritan ku...
Aku terdengar takbir berkumandang....
Tersentak ku dari lena...
Bermimpi rupanya diriku..
Teringat Bondaku telah tiada...
Namun Bonda...
anakmu ingin ucapkan sesuatu....
Selamat Hari Raya AidilAdha Bonda..!!
ampun dan maaf anakmu pinta..
andai ada silap dan salah yang anakmu lakukan..
Bonda..damailah engkau disana...
Aku kan tetap merindui dirimu...
Sebelum aku mengundur diri Bonda...
Terimalah hadiah dari diriku...
AL FATIHAH.....
Salam kerinduan dari anakmu...eman


( BONDA DALAM KENANGAN 16.07.1953 - 13.09.2005 )

SALAM AIDILADHA





SALAM AIDILADHA...
SEMOGA IBADAH KITA DIBERKATI ALLAH
BERSYUKUR KITA PADA RAHMATNYA
BERSAMA KITA MENGINSAFI KEKURANGAN DIRI
PADA HARI YANG MULIA INI.
UCAPAN DARIKU BUAT SEMUA

TERIMA KASIH DARI AKU BUAT WARGA KERJA #VVIP UNDERNET


Ucapan terima kasih dan penghargaan terhadap #VVIP Undernet. Aku berharap semoga VVIP terus maju dan bertambah lagi ahli-ahli didalamnya.Tahniah buat Rohjahat selaku founder.. SeaKing selaku co-founder serta para suppoter yang lain. Kenangan bersama anda dialam maya adalah detik yang manis.
Suatu hari masa dan ketika...aku pasti kembali memeriahkan suasana. Kepada yang membaca blog aku tak kira dimana anda berada, harap sudilah memberi sokongan pada #VVIP di server Undernet.Kerjasama anda amatlah dihargai.
Sebelum aku akhiri entry kali nie... satu yang aku nak katakan, aku sayang anda semua.Pada SeaKing...teruskan hasil kerja anda, u r the best men!!. Semoga satu hari nanti kita semua akan bersua dialam nyata... insya ALLAH. Salam perpisahan dari aku...eman77 @Mr^PRESIDEN.

LET WATCH ASIMO COMMERCIAL....



Just Enjoy it....

HONDA BRING ASIMO TO PENANG




Dalam aku kesibukan kat kedai aku, akhirnya aku ambil keputusan untuk bercuti bersama keluarga dan mertua aku di Pulau Pinang pada 28 sampai 30hb November. Tujuan aku ke Pulau Pinang tak lain tak bukan pasal nak bawak putera kecik aku pergi tengok ASIMO di Queensbay. Selama 2 hari berturut-turut aku bawak Ikmal pergi tengok, maklumlah..bukan senang nak tengok ASIMO dah. ASIMO nie bukan macam Proton Perdana yang boleh tengok hari-hari. Aku nak Ikmal tahu tentang teknologi yang berlaku pada hari ini. Kehebatan Jepun dalam menghasilkan sesuatu yang baru meman tak boleh nak dinafikan, dan ASIMO membuatkan aku sekeluarga cukup teruja dengan kehebatan yang boleh dikatakan hampir sempurna. Satu yang terdetik dalam hati aku... bilangan pengunjung berbangsa Melayu amat sikit kalau dibandingkan dengan bangsa Cina. yang boleh dilihat ramai bangsa aku dekat persisiran laut kat pantai Seagate.Kenapa dan mengapa? Tidak minatkah kita pada teknologi atau mahu ketinggalan dalam semua ini. berbalik pada ASIMO, mula direka pada tahun 1986 dan mengalami evolusi hinga ke tahun 2000.Dengan kos prototaip sebanyak 500juta, maka terhasillah ASIMO. Tapi malangnya ASIMO bukan untuk dijual pada masa ini.Dengan ketinggian 130cm..berat 54kg..kelajuan berjalan 2.7km sejam dan berlari 6km sejam,ASIMO telah diangap robot humunoid termaju abad ini meninggalkan pesaingnya Partner dari Toyota dan juga Hubo dari Korea. Terima kasih pada Honda kerana membawa ASIMO ke Malaysia. 30hb November 2008 adalah hari terakhir ASIMO di Pulau Pinang sebelum diterbangkan balik ke Honda RnD Jepun.

SPANAR OH SPANAR....

Hari nie aku telah diban dari komuniti kampung2u.. Aku tahu saper punya kerja,,tak lain mesti budak spanar nie, tapi aku tak heran dia nak ban aku. Bagi aku,dia takut ngan bayang-bayang sendiri.. Ini dinamakan menganas oleh spanar...berani ban pasal tak bagi aku untuk bersuara....satu tindakkan yang paling pengecut. Wahai spanar..silalah bawa komuniti kampung2u ke pintu kubur anda. Sekali aku dicabar...aku takkan berhenti disini. Anda yang mulakan..dana anda juga yang patut hentikan. Dari tahun 2006 spanar memang suka ban aku dan kawan2 aku kat kampung. Mengaku seolah-olah otai IRC... tapi kalau ilmu panjang sejengkal, tak payah lah nak kerek ngan orang. baru aku paham kenapa makin ramai mula memebenci cenel kampung. Bagi aku cenel kampung tak salah, tapi yang salah sikap OP yang bersikap emosi. apa guna buka forum untuk bersuara..kalau suara untuk kebenaran disekat. Pada sesiapa yang berkuasa dekat kampung tu, silalah pantau si spanar nie yang banyak menyalahgunakan kuasa mengikut emosi. Jangan biarkan undernet lesu dengan sikap yang bodoh sombong..menuduh tanpa bukti yang tersurat bukan pada tersirat. buat bloodx dan ketuakampung dan para op yang lain, terima kasih atas layanan dan kerjasama anda sewaktu kita di alam maya. Pada spanar....aku tak pernah kenal dengan anda..pesanan aku satu...teruskan sikap sengal anda. Tak rugi aku dengan tindakan bodoh anda. aku tak pernah kenal dan tak ingin kenal..bukan penting pun. Anda diibarat kuman dalam mata aku. jenis manusia yang suka sakit dan menyakiti.

Komen dari Spanar komuniti kampung2u


Hari nie bila aku buka komuniti kampung2u. aku dapat satu msg peribadi dari spanar.spanar solah-oleh nak aku mengaku aku yang buat semua tu.tapi biarlah,itu hak dia dan aku malas nak kata apa pun.cuma orang yang bodoh jer nak rosakkan nama sendiri. Aku pun malas nak layan si spanar nie pasal aku sendiri tak penah kenal ngan dia. Pasal nak remove aku kat komuniti kampung2u tu, itu hak dia. aku tak halang atau nak merayu. Aku tahu yang aku tak salah. Siapa spanar nak menuduh aku, sedangkan dia pun tak kenal aku.Tapi aku berharap dan berdoa agar orang yang buat kerja tu nanti mendapat balasan suatu hari nanti. Kepada Ketuakampung, hanya Allah taala saja mengetahui yang aku tak salah. Bagi aku..biarlah aku undurkan diri dari IRC. Tapi untuk menuduh aku yang buat kerja tu, minta maaf banyak-banyak...aku bukan manusia seperti itu.

SELAMAT TINGGAL IRC UNDERNET


Hari nie aku terima kabar yang sungguh sedih setelah sejak dari tahun 2006.
User aku telah di hack oleh orang yang tak bertanggungjawab pada 29hb November 2008.
Pada hari dan waktu itu, aku sedang bercuti bersama keluarga dan juga mertua aku di Pulau Pinang.

Aku hairan kenapa aku yang menjadi mangsa. Mungkin ada yang tak suka kat aku kot.
Tapi kenapa mesti serang #kampung dan cuba ambil alih cenel yang aku sayang tu?
Persoalan sekarang nie siapa dalang yang membuat kerja tu? Kesian kat saudara-saudara yang aku sayang kat kampung.

Dah dekat nak masuk 4 tahun aku kat Undernet. Tak pernah pulak jadik benda-benda macam nie. Dari cenel kampung lah aku dapt ramai saudara. Aku mula kenal ngan AEP..WAWANI..QURATUL AIN..DUYUNG CUN..BUJANG..KETUA KAMPUNG..oh daNia..WIDURI..ROHJAHAT..ADIRA..DEVIL NIGHT..KUTANG..CPOT ENCEM..DRGILE..STINGRAYS dan ramai lagi. Semua tu aku dah anggap saudara dan kawan baik aku dah.

Namun.... rupanya ada yang masih tak suka kat aku, user aku jadik mangsa. Nick aku Mr^PRESIDEN cuba dirosakkan. Sedih tol aku ari nie. Niat ati bila bangun jer dari tido nak chat ngan kawan2..tau-tau jer bila lagin user...you are kick ban from kampung by X channel take over.

Nasib baik aku pm ketuakampung tanya sebab.. kalau tak,aku pun tatau apa yang terjadi.
Pada ketuakampung aka nemm, terima kasih sebab bagi aku op kat kampung. Satu kenangan yang paling indah yang tak akan aku lupakan. Bukan senang tok nak kasi xcess kat orang. Dekat rohjahat aka zaidi galing..drgile aka deqyah..adira..thanks jugak pasal bagi kat den op ngan xcess kat cenel VVIP..KLINIK..MELAYU.. Semoga cenel-cenel kat undernet bertambah maju. Buat eton lak..cepat la register cenel Single tu...asyik rejek jer.Adira lak..den mintak maap pasal tak leh jadi sapoter kat cenel Johor.

Rasa nya aku dah mula boring nak join MIRC dah lepas kejadian tu. Tengoklah berapa lama aku boleh meninggalkan IRC yang aku sayang nie. Setiap hari masa dan ketika aku tak pernah tinggalkan dunia maya.. tiba2 aku dah hilang segalanya. Arghhhhhhhhhh !! boring tol. Sakit hati nie tak ilang lagi...pening kepala dok pikir ssiapa punya kerja. Apa salah aku kat dia? Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....!!!
buntu otak aku dok pikir, aku ilang mood ari nie.

Apa pun....pada kawan-kawan yang aku anggap saudara. Walaupun aku dah takde kat IRC, tak berenti aku lupakan korang !!.Aku sayang korang semua. Anggaplah Mr^PRESIDEN dah tak wujud. Dengan ini aku umumkan bahawa nick Mr^PRESIDEN..aku simpan dalam lipatan sejarah aku kat IRC. Takde dah pasnie nick tu..walaupun aku sayang..aku tak mampu buat apa2. Aku jugak akan tinggal kan dunia IRC. Kalau aku masuk pun mungkin jarang2. Salam hormat dan sayang dari aku,minta maap andai ada salah dan silap masa kita berchatting selama nie...Mr^PRESIDEN.