Bila tiba kala malam
Aku masih lagi berjaga
Memikirkan entah apa yg difikirkan
Ada sesuatu yg menganggu

Aku mengelamun sendirian
Tercari-cari sesuatu dalam diri
Akhirnya aku temui jua
Sesuatu yang amat menyakiti hati

Oh...Aku terlupa selama ini
Rupanya ada hantu yang berkuasa
Yang menyakiti hati Bonda
Yang rakus memperdaya keluarga

Apakah belum sedar dirinya
Apakah belum cukup menyiksa
Apakah belum sudah sengketa
Apakah belum ada yang bersuara

Kehadiran dalam keluarga
Umpama hidup dalam neraka
Habis keluarga ku bersengketa
Semuanya porak peranda

Sedarlah Hantu...
Kejahatan takkan selamanya
Kebaikan akan terserlah jua
Walaupun Bondaku sudah tiada
Amanahnya akan tetap ku laksana

Diam bukan bererti takut
Pergi bukan bererti lari
Aku hanya memerhati
Jangan sampai menjadi api

Apa yang kau mahu
Apa perlu kau dalam keluargaku
Tak tahu malukah dalam dirimu
Rupa manusia tetapi hantu...

Nukilan dari eman77 untuk sesuatu.....