Hari nie aku terima kabar yang sungguh sedih setelah sejak dari tahun 2006.
User aku telah di hack oleh orang yang tak bertanggungjawab pada 29hb November 2008.
Pada hari dan waktu itu, aku sedang bercuti bersama keluarga dan juga mertua aku di Pulau Pinang.

Aku hairan kenapa aku yang menjadi mangsa. Mungkin ada yang tak suka kat aku kot.
Tapi kenapa mesti serang #kampung dan cuba ambil alih cenel yang aku sayang tu?
Persoalan sekarang nie siapa dalang yang membuat kerja tu? Kesian kat saudara-saudara yang aku sayang kat kampung.

Dah dekat nak masuk 4 tahun aku kat Undernet. Tak pernah pulak jadik benda-benda macam nie. Dari cenel kampung lah aku dapt ramai saudara. Aku mula kenal ngan AEP..WAWANI..QURATUL AIN..DUYUNG CUN..BUJANG..KETUA KAMPUNG..oh daNia..WIDURI..ROHJAHAT..ADIRA..DEVIL NIGHT..KUTANG..CPOT ENCEM..DRGILE..STINGRAYS dan ramai lagi. Semua tu aku dah anggap saudara dan kawan baik aku dah.

Namun.... rupanya ada yang masih tak suka kat aku, user aku jadik mangsa. Nick aku Mr^PRESIDEN cuba dirosakkan. Sedih tol aku ari nie. Niat ati bila bangun jer dari tido nak chat ngan kawan2..tau-tau jer bila lagin user...you are kick ban from kampung by X channel take over.

Nasib baik aku pm ketuakampung tanya sebab.. kalau tak,aku pun tatau apa yang terjadi.
Pada ketuakampung aka nemm, terima kasih sebab bagi aku op kat kampung. Satu kenangan yang paling indah yang tak akan aku lupakan. Bukan senang tok nak kasi xcess kat orang. Dekat rohjahat aka zaidi galing..drgile aka deqyah..adira..thanks jugak pasal bagi kat den op ngan xcess kat cenel VVIP..KLINIK..MELAYU.. Semoga cenel-cenel kat undernet bertambah maju. Buat eton lak..cepat la register cenel Single tu...asyik rejek jer.Adira lak..den mintak maap pasal tak leh jadi sapoter kat cenel Johor.

Rasa nya aku dah mula boring nak join MIRC dah lepas kejadian tu. Tengoklah berapa lama aku boleh meninggalkan IRC yang aku sayang nie. Setiap hari masa dan ketika aku tak pernah tinggalkan dunia maya.. tiba2 aku dah hilang segalanya. Arghhhhhhhhhh !! boring tol. Sakit hati nie tak ilang lagi...pening kepala dok pikir ssiapa punya kerja. Apa salah aku kat dia? Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....!!!
buntu otak aku dok pikir, aku ilang mood ari nie.

Apa pun....pada kawan-kawan yang aku anggap saudara. Walaupun aku dah takde kat IRC, tak berenti aku lupakan korang !!.Aku sayang korang semua. Anggaplah Mr^PRESIDEN dah tak wujud. Dengan ini aku umumkan bahawa nick Mr^PRESIDEN..aku simpan dalam lipatan sejarah aku kat IRC. Takde dah pasnie nick tu..walaupun aku sayang..aku tak mampu buat apa2. Aku jugak akan tinggal kan dunia IRC. Kalau aku masuk pun mungkin jarang2. Salam hormat dan sayang dari aku,minta maap andai ada salah dan silap masa kita berchatting selama nie...Mr^PRESIDEN.