Berlalu sudah AidilAdha...
Aku pun dah buka kedai macam biasa balik,
namun ada yang aku ingin kongsikan bersama
sewaktu aku pulang ke kampung.
Tahun nie aku pulang ke kampung mertua aku,
Selepas selesai solat sunat AidilAdha,
Aku balik ke rumah mengambil putera kecik aku.
Aku bawak Ikmal tgk orang melakukan ibadah korban disurau.
Aku suka Ikmal diberi pendedahan tentang kehidupan,
Bila sampai ketempat melakukan korban..
Ikmal berkata kat aku...ayah uda!!
Rupanya Ikmal memanggil lembu itu kuda..
hahaha..itulah anak aku....
akan berkata sesuka hati.
Apa pun aku tahu..dia lebih mengetahui...
Lagi pulak anak aku lebih pandai mengajar aku
Semoga Ikmal akan menjadi orang yang berguna suatu masa nanti.
Satu sifat Ikmal ialah dia suka berkawan dan suka menyayangi
Disaat lembu nak disembelih...
Ikmal baling kacangnya ke arah lembu-lembu tersebut.
Dia kata lembu lapar...sian dia.
Satu lagi Ikmal jenis yang tak tahu takut.
Mungkin Ikmal anggap semua adalah kawannya...
Apa pun..aku bersyukur kerana aku masih boleh beraya dengan putera dan keluarga yang aku sayang.Alhamdulillah...
Satu yang aku terkllan..
aku tak dapat berhari raya bersama ahli keluargaku..
Alahai nasib.....sabar jer lah.
Walau apa pun...raya tetap raya
Kepada ayah..abang serta adik-adik ku...
Selamat Hari Raya..
Aku rindu pada semua...
Semoga akan ada sesuatu yang akan merapatkan kita kembali....AMIN








0 comments:
Post a Comment