
Dalam aku kesibukan kat kedai aku, akhirnya aku ambil keputusan untuk bercuti bersama keluarga dan mertua aku di Pulau Pinang pada 28 sampai 30hb November. Tujuan aku ke Pulau Pinang tak lain tak bukan pasal nak bawak putera kecik aku pergi tengok ASIMO di Queensbay. Selama 2 hari berturut-turut aku bawak Ikmal pergi tengok, maklumlah..bukan senang nak tengok ASIMO dah. ASIMO nie bukan macam Proton Perdana yang boleh tengok hari-hari. Aku nak Ikmal tahu tentang teknologi yang berlaku pada hari ini. Kehebatan Jepun dalam menghasilkan sesuatu yang baru meman tak boleh nak dinafikan, dan ASIMO membuatkan aku sekeluarga cukup teruja dengan kehebatan yang boleh dikatakan hampir sempurna. Satu yang terdetik dalam hati aku... bilangan pengunjung berbangsa Melayu amat sikit kalau dibandingkan dengan bangsa Cina. yang boleh dilihat ramai bangsa aku dekat persisiran laut kat pantai Seagate.Kenapa dan mengapa? Tidak minatkah kita pada teknologi atau mahu ketinggalan dalam semua ini. berbalik pada ASIMO, mula direka pada tahun 1986 dan mengalami evolusi hinga ke tahun 2000.Dengan kos prototaip sebanyak 500juta, maka terhasillah ASIMO. Tapi malangnya ASIMO bukan untuk dijual pada masa ini.Dengan ketinggian 130cm..berat 54kg..kelajuan berjalan 2.7km sejam dan berlari 6km sejam,ASIMO telah diangap robot humunoid termaju abad ini meninggalkan pesaingnya Partner dari Toyota dan juga Hubo dari Korea. Terima kasih pada Honda kerana membawa ASIMO ke Malaysia. 30hb November 2008 adalah hari terakhir ASIMO di Pulau Pinang sebelum diterbangkan balik ke Honda RnD Jepun.








0 comments:
Post a Comment