BUAT PUTERAKU TERSAYANG.....



Ikmal
Setiap detik aku memandangmu
setiap saat waktu berlalu
hadir mu dalam hidup ku
bagai penyeri dalam duka ku

Senyuman mu
Gelak tawa mu
Tangisan manja mu
Kenakalan mu

Engkau pandai mengusik
Engkau pandai bermanja
Apa yang kau lakukan
Pasti ada yang terhibur


Bila engkau telah dewasa
Jadilah engkau seorang yang berguna
Jagalah umi mu serta keluarga
Apabila ayah sudah tiada

nukilan eman77

DUNIA KU......

Hari nie bukan semalam
Semalam bukan hari ini
Hari ini pasti akan jadi semalam
Hari ini tak akan jadi esok

Tiap detik tiap saat tiap ketika
Waktu terus berlalu meninggalkan kita
Tanpa belas dan tanpa berkata
Hanya manusia yang sering terleka

Manusia terus bersengketa...
Peperangan terus melanda
Bagai tidak pernah mengambil iktibar
Hancur bumi dikerjakannya.

Hari oh hari
Tidak bolehkah kau berhenti
Atau kau undur kembali
Kasihanlah pada anak-anak kami

Tiada salah yang mereka cipta
Tiada daya untuk bersengketa
Mereka cuma anak kecil
Yang menjadi mangsa si dewasa

Yang tua dicerca
Yang Muda dipaksa
Yang miskin dihina
Yang kaya dijaga

Inilah resam dunia
Bila harta buruan manusia
Dunia akan binasa
Oleh kemusnahan yang kita cipta.

Marilah kita berdoa
Untuk bumi yang sudah derita
Umurnya sudah terlalu tua
Tak mampu ia menanggungnya.



nukilan rasa eman77.














WASIAT RASULULLAH

RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan
umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan
bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.


Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu
menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.


Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin
dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang
beriman.


Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah,
Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"


1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai
kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain
separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).


2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya
itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.


3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar:
"Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya
tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku,
sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan
Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".


4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka
dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan
muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu
berkat dan kizb (dusta) itu celaka.


5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang
berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di
pintu syurga.


6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali
dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah
tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.


7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah
mendatangkan rezeki engkau setiap hari.


8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan
sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.


9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu
menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat
kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak
dicolek selepas makan.


10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau
dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah
diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.


11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri
engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.


12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri
saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri
saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau
dikasihi seluruh isi langit dan bumi.


13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli
rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan,
nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.


Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.
InsyaAllah



Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.

Imbas kembali.....KURSK K-141 in memory




Arghhh..... hari dah mula malam. Aku pun dah mula tatau nak buat apa. Aku surf internet, tiba-tiba mata aku terdiam seketika.......Kursk !!!. Ingatan aku pada nama itu kembali semula.tragedi kapal salam rusia yang terdampar di Laut Barents. Kapal selam yang dilancarkan pada tahun 1995 itu merupakan kapal selam berkuasa nuklear paling moden milik Russia.Kapal selam sepanjang 154 meter itu (44 meter lebih panjang dari sebuah padang bola sepak - 110 meter) dibina dengan nickel dan chrome berkualiti tinggi, dengan besi setebal 8.5 mm yang mempunyai ciri resistance to corrosion selain tidak dapat dikesan oleh musuh melalui sistem Magnetic Anomaly Detection (MAD).

Namun, tanggal 12 Ogos 2000 bersamaan hari Sabtu jam 11.28 pagi waktu tempatan (3.28 petang waktu Malaysia), bermulalah kisah duka....kapal selam yang canggih itu terdampar di Laut Barents pada kedalaman 119 meter. Segalanya bermula sejurus selepas beberapa dummy torpedoes dilepaskan dari K-141 sewaktu sesi latihan mengakibatkan dua ledakan berlaku dan menghasilkan letupan. Nyawa 118 anak kapal terletak pada kaptennya, Gennady Lyachin yang berumur 45 tahun.

Tragedi yang menimpa Kursk K-141, selain tragedi kemanusiaan yang dideritai oleh anak-anak kapal, sebenarnya juga mempunyai implikasi serius dalam hubungan antarabangsa. Kapal selam Kursk K-141 selain digerakkan oleh reaktor nuklear juga membawa persenjataan nuklear di dalamnya. Setitik radiasi yang bocor dari Kursk K-141 dan bercampur dengan air Laut Barents yang kuat arusnya itu boleh menyebabkan kanser kepada seluruh penduduk di persisiran pantainya.

Demi meneruskan kehidupan, Lyachin selaku kapten yang bertanggungjawab sejak awal lagi mematikan reaktor nuklear yang menggerakkan kapal selam ini supaya tidak berlaku kebocoran. Biarpun dia tahu akibatnya kepada anak-anak kapal. Sebaik sahaja rektor dimatikan, Kursk K-141 tidak dapat mengoperasikan peralatan purifikasi udara (electrolyser) yang menghasilkan oksigen dan menghilangkan karbon dioksida. Udara di dalam Kursk K-141 akan dipenuhi dengan karbon dioksida dan oksigen mulai berkurang. Bersamaan dengan meningkatnya karbon monoksida dan karbon dioksida, anak kapal K-141 akan mengalami sakit kepala yang sangat berat. Pada kondisi ini, menyalakan sebatang mancis api pun sudah tidak mungkin! Jauh di sudut hati Lyachin, pasti bantuan akan sampai ke sini secepat mungkin..

Sementara di pejabat Angkatan Laut Rusia, bunyi isyarat SOS, pendek 3x, panjang 3x, pendek 3x seperti itu, masih jelas kedengaran tanpa henti. Ketika ini, begitu banyak pihak-pihak antarabangsa bersedia menghulurkan bantuan. Presiden Rusia - Vladimir Putin menolak sebarang bantuan antarabangsa dari mana-mana pihak dengan alasan “kerahsiaan strategik”.

Sehinggalah empat hari setelah kejadian itu berlaku, Putin membenarkan angkatan Laut Inggeris dan Norwegia untuk menghantar bantuan penyelamat. Perjalanan mengambil masa 1-2 hari dan setibanya di tempat kejadian, kesemua anak kapal tidak dapat diselamatkan lagi!. Satu demi satu mereka mula rebah dalam kesejukkan dan ketiadaan oksigen. Kematian yang sungguh mengharukan.....118 anak-anak kapal menghembuskan nafas terakhir mereka.

Walaupun kisah itu berlalu lapan tahun yang lalu....sama-samalah kita imbas kembali tragedi itu.Bayangkan lah kesedihan ahli keluarga mereka. Tangisan sang isteri..anak-anak dan jugak ibubapa mereka. Meratapi pemergiaan mereka yang tak akan kembali lagi

Tamatlah sampai disini karya yang tak seberapa, aku pasti kembali lagi dengan karya yang akan dikongsi bersama.

(coretan eman77 20.35pm)


Mama ku..Kerinduan ku... Selamat Tinggal Mama...........




Mama ku....
Kehadiran mu dalam hidup ku
Amat bererti lagi bermakna
Penyeri hidupku buat selamanya

Mama ku....
Kesakitan ku..kesakitan mu jua
Kesedihan ku..kesedihan mu jua
Kesusahan ku..kesusahan mu jua
Kesenangan ku..itu permintaan mu

Mama ku...
Sejak ku dilahirkan
Aku ditatang dan dimanja
segala kemahuanku
pasti akan engkau laksana

Mama ku....
Kini dirimu telah tiada
Meninggalkan diriku untuk selamanya
Sebak dalam tangisan
Hanya itu yang anakmu rasakan

Mama ku....
Segala kerinduan dan kenangan
Tersemat rapi dalam hati ku
Mengalir airmata ku
Mengingati kegigihan dan ketabahanmu

Mama ku....
Andai dapat ku undurkan waktu
Biarlah aku menggantikan tempat mu
Agar dapat engkau kecapi kebahagian
Yang pasti akan aku tinggalkan

Mama ku....
Hanya doa yang aku kirimkan
Hanya pusaramu yang mampu aku ziarahi
Hanya kuntuman bunga yang mampu ditaburkan
Hanya wangian mawar yang aku sirami

Mama ku....
Sudah tiga tahun berlalu
Namun masih aku tak mampu melupakan mu
Seolah kau masih ada disisi
Terdengar suara gelak tawamu

Mama ku....
Dalam doa ku kirim kerinduanku
Dalam doa ku pohon keampunanmu
Dalam doa ku pohon pengharapanku
Dalam doa ku pohon ketenanganmu

Mama ku....
Semadilah dirimu dalam ketenangan
Bila diriku melangkah pergi
Meninggalkan pusaramu yang abadi
Aku berjanji pasti kembali lagi

Mama ku....
Kaki ku bagaikan kaku
Seolah tak sanggup meninggalkan mu
Tangisan dan kesedihan diriku
Hanya ALLAH yang tahu.

Mama ku....
Coretan ini ku cipta untuk mu
Demi kasih dari anakmu
Maafkan segala kesilapanku
Selamat tinggal MAMA ku......

AL FATIHAH BUAT MAMAKU.....

(nukilan rasa dari puteramu...eman77)

eman77 in MapleStory









Dalam penuh kepayahan aku berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir,akhirnya......sampai jugak aku ke lvl 70. Aku heran betul la,kenapa la monster-monster dalam MapleStory tu benci betul ngan aku..apa salah aku kat diaorg. Aku selalu kena buli ngan diaorg lagi ada la.Hari nie aku tiba dekat Ghost ship di Singapore, kali nie aku diserang dan dibuli oleh hantu-hantu dalam kapal tu..Tanpa dibantu oleh kawan-kawan yang ada kat cenel kampung..vvip..klinik..anjung dan mamak,aku berlawan sendirian. Berbekalkan dengan kuasa sakti yang perolehi setelah penat bertapa, aku dapat mengatasi kuasa kejahatan hantu-hantu itu. Aku tahu,aku mampu mengatasi makhluk durjana yang mahu menakluk MapleStory kerana aku adalah pejuang sebenar..Kepada kawan-kawan ku yang masih berchatting,ayuh bangunlah kita menentang musuh-musuh MapleStory. Jangan biarkan mereka menakluk dunia ini. Namun aku sedar...sahutan aku ini tak didengari oleh kawan-kawan ku. Aku jugak sedar yang aku terpaksa menentang sendirian........arghhhhhhhhhhhhh !!! biarkan semua itu. Aku harus yakin pada kekuatan ku. Aku bertekad untuk berlawan habis-habisan dengan mahkluk-mahkluk durjana itu. Tiba-tiba.....................AZAN SUBUH berkumandang. Aku akur pada perintah Illahi. aku harus berhenti disini dan dalam aku merapu sendirian disubuh hari, aku akhirnya berjaya menghasilkan sebuah lagi karya yang tak gila dan tak jugak waras.Ha..Ha..Ha..!!! Nanti bila aku ada masa lagi...aku pasti akan berkarya lagi.

(Bagi aku... MapleStory adalah dunia aku yang kedua....)

Salam.....semoga bertemu lagi....babaiiiiiiiiii

Terhasillah sebuah karya

Dalam keboringan hari ini
Aku akhirnya mencipta satu blog
Buat tatapan diri serta rakan-rakan
Sungguh pun tak seberapa
Namun besar maknanya dalam diri ini

Aku sedar aku bukan sasterawan
Aku bukan seniman
Mahupun karyawan
Aku adalah aku

Apa bila aku sudah tiada
Hanya ini yang mampu ditinggalkan
Sebuah yang aku panggil karya
Buat semua yang dalam ingatan...

(eman77 12.44am 11 November 2008)