Arghhh..... hari dah mula malam. Aku pun dah mula tatau nak buat apa. Aku surf internet, tiba-tiba mata aku terdiam seketika.......Kursk !!!. Ingatan aku pada nama itu kembali semula.tragedi kapal salam rusia yang terdampar di Laut Barents. Kapal selam yang dilancarkan pada tahun 1995 itu merupakan kapal selam berkuasa nuklear paling moden milik Russia.Kapal selam sepanjang 154 meter itu (44 meter lebih panjang dari sebuah padang bola sepak - 110 meter) dibina dengan nickel dan chrome berkualiti tinggi, dengan besi setebal 8.5 mm yang mempunyai ciri resistance to corrosion selain tidak dapat dikesan oleh musuh melalui sistem Magnetic Anomaly Detection (MAD).

Namun, tanggal 12 Ogos 2000 bersamaan hari Sabtu jam 11.28 pagi waktu tempatan (3.28 petang waktu Malaysia), bermulalah kisah duka....kapal selam yang canggih itu terdampar di Laut Barents pada kedalaman 119 meter. Segalanya bermula sejurus selepas beberapa dummy torpedoes dilepaskan dari K-141 sewaktu sesi latihan mengakibatkan dua ledakan berlaku dan menghasilkan letupan. Nyawa 118 anak kapal terletak pada kaptennya, Gennady Lyachin yang berumur 45 tahun.

Tragedi yang menimpa Kursk K-141, selain tragedi kemanusiaan yang dideritai oleh anak-anak kapal, sebenarnya juga mempunyai implikasi serius dalam hubungan antarabangsa. Kapal selam Kursk K-141 selain digerakkan oleh reaktor nuklear juga membawa persenjataan nuklear di dalamnya. Setitik radiasi yang bocor dari Kursk K-141 dan bercampur dengan air Laut Barents yang kuat arusnya itu boleh menyebabkan kanser kepada seluruh penduduk di persisiran pantainya.

Demi meneruskan kehidupan, Lyachin selaku kapten yang bertanggungjawab sejak awal lagi mematikan reaktor nuklear yang menggerakkan kapal selam ini supaya tidak berlaku kebocoran. Biarpun dia tahu akibatnya kepada anak-anak kapal. Sebaik sahaja rektor dimatikan, Kursk K-141 tidak dapat mengoperasikan peralatan purifikasi udara (electrolyser) yang menghasilkan oksigen dan menghilangkan karbon dioksida. Udara di dalam Kursk K-141 akan dipenuhi dengan karbon dioksida dan oksigen mulai berkurang. Bersamaan dengan meningkatnya karbon monoksida dan karbon dioksida, anak kapal K-141 akan mengalami sakit kepala yang sangat berat. Pada kondisi ini, menyalakan sebatang mancis api pun sudah tidak mungkin! Jauh di sudut hati Lyachin, pasti bantuan akan sampai ke sini secepat mungkin..

Sementara di pejabat Angkatan Laut Rusia, bunyi isyarat SOS, pendek 3x, panjang 3x, pendek 3x seperti itu, masih jelas kedengaran tanpa henti. Ketika ini, begitu banyak pihak-pihak antarabangsa bersedia menghulurkan bantuan. Presiden Rusia - Vladimir Putin menolak sebarang bantuan antarabangsa dari mana-mana pihak dengan alasan “kerahsiaan strategik”.

Sehinggalah empat hari setelah kejadian itu berlaku, Putin membenarkan angkatan Laut Inggeris dan Norwegia untuk menghantar bantuan penyelamat. Perjalanan mengambil masa 1-2 hari dan setibanya di tempat kejadian, kesemua anak kapal tidak dapat diselamatkan lagi!. Satu demi satu mereka mula rebah dalam kesejukkan dan ketiadaan oksigen. Kematian yang sungguh mengharukan.....118 anak-anak kapal menghembuskan nafas terakhir mereka.

Walaupun kisah itu berlalu lapan tahun yang lalu....sama-samalah kita imbas kembali tragedi itu.Bayangkan lah kesedihan ahli keluarga mereka. Tangisan sang isteri..anak-anak dan jugak ibubapa mereka. Meratapi pemergiaan mereka yang tak akan kembali lagi

Tamatlah sampai disini karya yang tak seberapa, aku pasti kembali lagi dengan karya yang akan dikongsi bersama.

(coretan eman77 20.35pm)