








Diam tak diam....dah setahun 6 bulan aku kat Sg kerang.
Tapi dalam hati aku masih lagi teringat Tg piandang.
Entah la kenapa aku suka sangat tempat tu.
Kali pertama aku jejakkan kaki aku kat sana,
Aku rasa inilah yang aku cari selama nie....
Sawah padi...Sungai...Tali Air..Pantai dan juga Laut.
Segalanya ada di sana.
Andai ada rezeki aku nanti...
Sanalah tempat untuk aku menghabiskan masa tua aku.
Insya Allah.
Aku ingin ucapkan terima kasih yang tak terhingga pada adik lelaki aku Lan.
Kerana dia... aku tahu tempat yang cantik itu.
Kampung yang tenang dan damai.
Tak hilang dalam ingatan aku saat-saat manis di sana.
Betapa rindunya aku pada Tg Piandang.
Suatu hari... suatu masa aku pasti ke sana kembali.
Tg Piandang satu nostalgia buat aku.
Di sana jugalah aku kehilangan kasih seorang adik.
Entah lah..mungkin aku betul....mungkin dia betul
Mungkin aku yang salah kerana aku adalah abang.
Kerana marah... tapi tak sepatutnya aku berhentikan dia.
Kerana apa sekali pun... dia adalah adik kandungku.
Bila aku teringat Tg Piandang....
pasti aku akan teringat adikku juga.
Maafkan Iman... Lan !!!
Walaupun susah untuk aku mengucapkan maaf...
Demi kasih aku terhadap adik serta abangku...
aku luahkan jua...walaupun hanya di alam maya.
Kerana kita adalah keluarga.
Walau dimana pun au berada...
Aku ucapkan semoga berjaya dan murah rezeki
Andai adik serta abangku terbaca entry ku ini...
Aku memohon maaf atas segala salah dan silapku.
Aku ingin berkata sesuatu....
Aku sayang dan rindu pada semua.
Andai dapat aku undurkan waktu
Aku ingin kita bersama semula bersama ayah dan bonda.








0 comments:
Post a Comment