1st try untuk mengupdate blog using tab...mcm ada yg tak kena jer berbanding dgn lappy.anyway,takde salahnya nak coba kan...lagilak ini harta bukan ahmad albab yang punya.
1st try untuk mengupdate blog using tab...mcm ada yg tak kena jer berbanding dgn lappy.anyway,takde salahnya nak coba kan...lagilak ini harta bukan ahmad albab yang punya.
Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.
Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah
Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.
Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam.
Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya.
Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda.
Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah.
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan" (Riwayat Al-Bukhari)
Sabda Rasulullah S.A.W Maksudnya; "Orang yang memulakan memberi salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takbur" ( Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib )
Bersabda Rasululullah s.a.w."janganlah bercakap melebihi dari zikrullah, sesungguhnya banyak cakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras, ia akan menjadi semakin jauh dari Allah."
Sabda Rasulullah : "Lakukanlah ketaatan kepada Allah SWT dan takutilah daripada melakukan maksiat kepada Allah dan suruhlah anak-anak kamu melakukan suruhan-Nya dan yang demikian itu akan memelihara anak-anak kamu dan kamu daripada api neraka"
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Mencaci dan memaki orang-orang Islam adalah fasik dan memerangi mereka adalah kafir.
Apabila umatku membesar-besarkan dunia nescaya kehebatan Islam akan dihapuskan dari mereka, dan apabila umatku mengabaikan amal-makruf dan nahi-mungkar nescaya mereka akan diharamkan dari keberkatan wahyu.(Maksud Hadis)
Orang yang banyak berkata, akan banyak silap, dan orang yang banyak silap akan banyak dosa dan orang yang banyak dosa ialah neraka lebih layak baginya.(Maksud Hadis)
Dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata,Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sembahyang itu membawa ketengah jalan, berpuasa memajukan kamu kehadapan dan sedekah (saling membantu) memasukkan kamu kedalamnya"
0 comments:
Post a Comment